Reben khidmat

Riben perkhidmatan, bar riben atau riben pingat adalah riben kecil yang dipasang pada bar logam kecil yang dilengkapi dengan alat penyangkut, dan biasanya dibuat untuk dipakai bagi menggantikan pingat. Kerajaan setiap negara mempunyai peraturan sendiri bagaimana riben boleh dipakai di dalam keadaan tertentu, dan susunan yang mana. Ini biasanya ditunjukkan dalam dokumen rasmi dan dipanggil "susunan keutamaan" dan / atau "susunan pemakaian". Di sesetengah negara, (terutamanya Amerika Syarikat), beberapa anugerah adalah "riben sahaja", dan tidak mempunyai pingat yang berkaitan.